Syarikat ZESPRI™

ZESPRI™ International Limited adalah pemasar buah kiwi terbesar di dunia, menjual buah kiwi ke lebih daripada 60 negara. Jenama ZESPRI™ menetapkan tanda aras untuk keunggulan yang terjamin dan keenakan dan kelazatan buah kiwi semulajadi.

ZESPRI™ ditubuhkan pada 2000 ekoran penstrukturan semula industri buah kiwi, untuk mewujudkan satu titik tumpuan untuk eksport buah kiwi keluaran New Zealand. ZESPRI™Group Limited adalah satu badan korporat yang diasaskan di bawah Akta Syarikat New Zealand 1993 dan Akta Penstrukturan Semula Industri Buah Kiwi 1999. Peraturan-peraturan Buah Kiwi mengasas satu kerangka berkanun untuk pentadbiran berkanun bagi operasi-operasi ZESPRI untuk memastikan industri buah kiwi New Zealand terus memimpin dunia di dalam inovasi, produksi dan pembekalan buah kiwi.

Ibupejabat antarabangsa ZESPRI™ terletak di Mount Maunganui, New Zealand, daerah pengeluaran buah kiwi terbesar di New Zealand, yaitu Bay of Plenty. ZESPRI™ mempunyai pejabat-pejabat di Eropah, United Kingdom, Amerika Utara, Jepun, Asia dan Pasifik. ZESPRI™ dimiliki oleh pengeluar-pengeluar buah kiwi di New Zealand demi menjamin akauntabiliti yang berterusan kepada lebih daripada 2700 petani yang menghasilkan buah kiwi yang paling sihat, paling enak serta lazat dan paling selamat.

Kami berpegung teguh kepada tiga prinsip perniagaan, yang menjadi motivasi kami untuk terus menghasilkan buah kiwi yang terunggul di dunia.

Prinsip-prinsip utama kami termasuk:

  • Integriti - kami sentiasa memastikan tahap kejujuran, keadilan dan keterbukaan yang tinggi di dalam semua bidang perniagaan kami
  • Fokus pengguna - fokus kami adalah mengetahui dan mememuhi keinginan dan keperluan bersama
  • Mempertingkat mutu secara berterusan - Rangkaian Buah Kiwi ZESPRI™ adalah luas dan unik - dari Buah Kiwi HIJAU ZESPRI™, berperisa segar dan Buah Kiwi EMAS ZESPRI™ yang berperisa tropika penuh ransangan ke Buah Kiwi ORGANIK dan Jumbo ZESPRI™. Kami sentiasa mencari jalan untuk mempertingkat mutu produk kami