Sejarah ZESPRI™

New Zealand terhutang budi kepada Cik Isabel Fraser untuk industri buah kiwinya. Lebih daripada satu kurun dahulu pada tahun 1904, guru dari Wanganui ini pulang dari perjalanan ke negara China dengan beberapa bijian hitam yang istimewa. Seorang ahli perkebunan (holtikultur), Alexander Allison mencambah bijian tersebut dan berhasil memulakan penanaman buah Kiwi di New Zealand.

Orang yang bertanggungjawab memulakan buah Kiwi ZESPRI™ ialah Hayward Wright yang cekap sekali bercucuk-tanam. Pada 1928, dibantu dengan kekayaan tanah-tanih gunung berapi dan iklim sederhana Bay of Plenty, pohonan pertama Hayward membesar dengan mudah, dan semenjak itu, kultivar "Hayward" ditanam dan dieksport ke merata dunia yang kemudiannya membentuk Industri Buah Kiwi seperti yang kita kenali pada hari ini.

Pada tahun 1952, para petani buah Kiwi mula mengeksport ke England. Walaupun nama asalnya ialah "Yang Tao" atau "Chinese Gooseberry," orang-orang New Zealand mahu menamakan buah ini bersempena simbol kebangsaan New Zealand - burung berbulu-perang, sang Kiwi; maka terbitlah nama 'Kiwifruit' (buah Kiwi).

Dalam tahun-tahun berikutnya, Industri ini berkembang ekoran para usahawan tani buah Kiwi berganding bahu menjual hasil tanaman mereka di seberang laut. Pada tahun 1970-an, Lembaga Pemasaran Buah Kiwi dibentuk yang kemudiannya menjadi ZESPRI™ International Limited pada tahun 1997, sebuah organisasi pemasaran sedunia. Pada masa ini juga jenama buah Kiwi ZESPRI™ lahir - dengan komitmen untuk menanam dan menjual buah Kiwi terbaik, dan komitmen ini masih tidak berubah sehingga ke hari ini.

Sambutan 100 Tahun