Visi ZESPRI™ adalah untuk menjadi "pemimpin dunia yang diiktiraf dalam bidang buah kiwi". Di dalam menjadi pemimpin kategori runcit ZESPRI™ menawarkan kecemerlangan yang tiada tandingnya dalam tumpuan kepada pengguna berasaskan jenama, hubungan pelanggan dan inovasi, disertai dengan pencarian sumber global untuk buah yang unggul yang kos-efektif.
Kami juga berusaha menggunakan amalan-amalan terbaik di dalam semua proses kami dan kami berdedikasi untuk menjadi perniagaan yang boleh dikekalkan dan pemimpin pasaran dalam industri buah kiwi.
ZESPRI™ bermatlamat mewujudkan bekalan buah kiwi sepanjang tahun untuk seluruh dunia. Kami tidak mahu buah kiwi hanya berada di rak-rak pasaraya untuk beberapa bulan tertentu sahaja setiap tahun. Untuk mencapai matlamat ini, kami telah membentuk perakan-kongsian dengan para penanam khusus di serata dunia.
Alam sekitar adalah amat penting untuk ZESPRI™, jadi kami menjamin buah Kiwi ZESPRI™ditanam dengan cara yang memberi kesan minimum terhadap alam sekitar.
Penting sekali, tumpuan ZESPRI™ adalah untuk memuaskan para pelanggan kami dengan menawarkan mereka buah Kiwi yang paling enak dan lazat rasa, paling berkhasiat dan paling selamat di dunia.