Kesihatan ZESPRI™

Kita semua tahu tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Jika kita sihat, tubuh badan kita kuat dan kita mempunyai tenaga untuk menikmati kehidupan sibuk. Pemakanan kita mempunyai peranan besar terhadap kesihatan keseluruhan kita. Badan-badan kesihatan di serata dunia mendorong orang ramai untuk memakan lebih banyak buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungan yang padat dengan zat nutrien yang bermanfaat kepada kesihatan.

Dan buah Kiwi ZESPRI™ memberi perlindungan semulajadi, dengan kandungan gabungan nutrien-nutrien bermanfaat lebih padat berbanding dengan kebanyakan buah-buahan lain.

Buah Kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™adalah sumber-sumber yang baik untuk serat makanan, vitamin C, potasium, asid folik, vitamin E, karotenoid dan antioksidan-antioksidan yang lain. Ia mempunyai kandungan indeks glikaemik dan lemak yang rendah - jadi ia sesuai sekali dimakan setiap hari untuk perlindungan semulajadi.

Institut Kesihatan ZESPRI™telah mengasaskan program penyelidikan saintifik komprehensif di dalam menyediakan jawapan-jawapan untuk persoalan mengapa Buah Kiwi ZESPRI™ begitu berkesan untuk perlindungan semulajadi. Ini ialah program yang berterusan, dan penemuan-penemuan sehingga kini bertumpu kepada manfaat-manfaat kandungan nutrien buah Kiwi ZESPRI™ ke atas kelalian terhadap penyakit dan pencernaan. Hasil-hasil penemuan kami setakat ini telah diringkaskan ke dalam submenu-submenu untuk bahagian laman web ini.