Kadar alahan terhadap makanan yang terdiagnosis nampaknya semakin meningkat. Tindakbalas alahan adalah disebabkan oleh tindak balas sistem daya tahan kepada protein dalam makanan. Simtom-simtom alahan makanan boleh terdiri daripada kegatalan kulit sehinggalah tindakbalas respitori yang serius.
Mengikut negara, makanan yang sering dikaitkan dengan alahan berbeza, namun pada amnya kacang tanah, telur, ikan, udang dan kerang dan hasil tenusu adalah antara alergen-alergen makanan yang dikenalpasti.
Alahan terhadap buah Kiwi boleh terjadi, dan terjadi dalam dua bentuk. Orang dewasa yang alah kepada debunga birch juga mungkin alah ringan kepada buah kiwi, manakala kanak-kanak dengan alahan makanan lain, seperti kacang tanah, juga boleh alah kepada buah kiwi. Tetapi tidak seperti alergen makanan lain, buah kiwi tidak mudah terselindung dalama makanan dan mudah dielak jika perlu.
Panduan pemakanan bayi sekarang menyarankan pendedahan awal kepada alergen makanan (anatara emapat dan enam bulan) untuk mengurangkan kesensitifan sistem daya tahan kepada bakal alergen-alergen - walaupun untuk bayi-bayi yang dianggap "berisiko" mengalami alahan makanan. Adalah penting untuk memperkenalkan makanan kepada bayi satu-persatu, dengan tempoh dua hingga empat hari sebelum memperkenalkan makanan baru yang seterusnya, dan perhatikan mereka dengan berhati-hati untuk sebarang tanda-tanda tindakbalas, dan mendapatkan rawatan kecemasan jika berlaku tindakbalas yang tidak diingini.