Beberapa kompaun bertindak sebagai antioksidan dalam badan. Beberapa kompaun antioksidan yang biasa didapati termasuk vitamin A.C, E, beta-karoten, lutein, likopen dan polifenol.
Antioksidan berfungsi melindungi sel-sel badan daripada keroasakan yang disebabkan radikal-radikal bebas. Radikal-radikal bebas dibentuk apabila badan menggunakan oksigen dalam proses sehari-hari, dan juga melalui pendedahan kepada sinaran matahari, pencemaran, asap rokok dan gizi makanan yang kurang sihat.
Kerosakan radikal bebas menyebabkan kerosakan sel, dan mempercepatkan proses penuaan dan melemahakan fungsi daya tahan, Ian juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit degeneratif seperti sakit jantung dan beberapa jenis barah.
Di mana anda boleh memperolehi antioksidan-antioksidan?
Cara terbaik memperolehi antioksidan adalah memakan secara seimbang dan gizi yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran, bij-bijian lengkap, kekacang, rempah-ratus, teh dan kopi. Suplemen gizi yang mengandungi antioksidan tidak beberapa berkesan berbanding yang berlaku secara semulajadi dalam makanan.
Banyak buah-buahan dan sayuran terutamanya, kaya dengan antioksidan. Selalunya, walaupun tidak semestinya, ia boleh didapati daripada sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni.
Buah Kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™ mempunyai kandungan tinggi dengan beberapa jenis kompaun antioksidan, oleh itu sesuai dijadikan tambahan makanan yang unggul kepada gizi pemakanan untuk mempertingkat pengambilanantioksidan sebagai snek, atau pada waktu makan seharian.
Buah Kiwi sebagai sumber antioksidan
Kajian saintifik mendapati memakan buah Kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™ meningkatkan kadar antioksidan darah.
Ada beberapa faedah positif kepada ini:
- Pertama, ia bermakna lebih banyak antioksidan dalam darah membantu pengoksidaan lemak darah (penemuan dalam sebuah kajian penting)1. . Ini penting kerana kadar lemak darah yang dioksidakan mempunyai kaitan dengan risiko sakit jantung.
- Kedua, sesudah makan proses pencernaan bakal menghasilkan radikal-radikal bebas yang merosakkan. Kajian kedua 2 menunjukkan bahawa memakan buah-buahan yang kaya-antioksidan seperti buah kiwi ketika makan boleh mempertingkat kadar antioksidan untuk menyah-aktifkan radikal-radikal bebas yang dibentuk dalam proses-proses pencernaan selepas makan
Tambahan lagi, sesetengah antioksidan karotenoid sudah dibuktikan lebih mudah diserap dari punca buah-buahan (termasuk buah kiwi) berbanding sayuran berdaun hijau tua, dan sekaligus menunjukkan ia adalah sumber antioksidan karotenoid yang sedia ada3.
Rujukan
-
Chan WH, Liu Liu JF. Kesan-kesan pemakanan ke atas lipid serum dan status pengantioksidan di kalangan orang-orang yang mempunyai hiperlipidernia. (Dalam akhbar) ↑
-
Prior RL, Gu L, Wu X, Jacob RA, Sotoudeh G, Kader AA, Cook RA. Perubahan kapasiti antioksidan selepas makan sebagai satu ukuran keupayaan makanan untuk mengubah status antioksidan in vivo. Journal of the American College of Nutrition, 2007; 26(2): 170-81. ↑
-
O'Connell OF, Ryan L, O’Brien NM. Karetenoid xantofil lebih mudah di-bioakses daripada buah-buahan berbanding sayur-sayuran berdaun hijau-tua. Nutrition Research, 2007; 27: 258-64. ↑