Pencernaan

Kepentingan sistem pencernaan yang sihat

Apabila sistem pencernaan dalam keadaan yang optimum, tubuh badan kita lebih sihat dan cergas kerana ia berupaya:

  • memproses makanan dan menyerap zat-zat nutrien daripada makanan dengan lebih berkesan
  • melawan bahan-bahan merbahaya dan bakteria
  • menyingkirkan bahan-bahan kumbuhan secara berkesan dan mudah

Buah Kiwi dan kesihatan pencernaan

Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa pemakanan buah Kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™ secara tetap menyumbang ke arah kesihatan pencernaan. Ini termasuk:

  • pencegahan kembung
  • membantu pembuangan air besar
  • perubahan positif dalam enzim usus yang boleh membantu membina daya tahan semulajadi terhadap penyakit-penyakit
  • menambah bilangan bakteria baik dan membendung perkembangan bakteria tidak baik

Oleh yang demikian, buah Kiwi adalah pilihan yang enak dan halus untuk mempertingkat pelbagai fungsi usus.

Serat makanan yang unik dan bahan-bahan bioaktif lain yang terdapat dalam buah Kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™ memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan pencernaan.