Serat Makanan

Serat makanan datang dari dinding sel tumbuhan makanan. Ia merupakan bahan yang membantu memastikan kesihatan tumbuhan, menghalang dinding sel daripada jatuh. Ada dua jenis serat makanan - yang boleh hadam dan tidak boleh hadam. Kedua-dua jenis diperlukan dalam gizi pemakanan, dan boleh didapati dari buah-buahan, sayuran, bijirin sarapan biji -penuh dan kekacang. Kebanyakan orang tidak memakan jumlah serat yang disarankan setiap hari, jadi amatlah mustahak untuk merancang makanan dan snek yang mengandungi sumber serat makanan yang baik.

Serat makanan tidak dicerna oleh badan manusia, tetapi memainkan peranan penting dalam kesihatan.

  • Pertama, ia menyumbang kepada saluran penghadaman yang sihat dengan membekalkan bahan pukal dan melembutkan kumuhan pejal, membantunya bergerak melalui saluran penghadaman dalam rentak yang sihat.
  • Kedua, serat makanan adalah bahan penting untuk bakteria baik yang hidup di salur penghadaman. Bakteria baik ini membantu dengan melepaskan nutrien-nutrien untuk diserap badan dan menghalang pembiakan bakteria merbahaya di saluran penghadaman.
  • Ketiga, serat makanan berupaya mengikat bahan-bahan yang merbahaya yang terdapat di saluran penghadaman dan membawanya ke dalam bahan kumbuhan

Buah Kiwi dan Serat Makanan

Buah Kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™ adalah sumber-sumber yang kaya dengan serat boleh hadam - penting sekali untuk kesihatan saluran pemghadaman. Ini menyebabkan mengapa buah kiwi diperakui secara meluas sebagai pembantu pencernaan.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pemakanan buah kiwi secara kerap memudahkan pembuangan air besar, mengurangkan kembung perut. Ini mungkin sisebabkan kandungan serat boleh hadam, mungkin disebabkan keupayaan buah Kiwi untuk menadah air, dan oleh yang demikian dapat membentuk najis yang lebih besar dan lembut. Terdapat juga faktor-faktor lain yang mungkin hadir dalam buah kiwi yang memberi kesan baik kepada kesihatan pencernaan, Untuk maklumat lanjut tentang kesihatab pencernaan dan buah kiwi lihat bahagian pencernaan.