Daya Tahan

Satu aspek penting dalam kehidupan yang sihat ialah keupayaan kita untuk melawan penyakit dan keupayaan badan kita kita untuk melindungi dari dalaman terhadap tekanan-tekanan hidup yang biasa. Inilah yang dilakukan oleh sistem daya tahan kita dan ada perkaitan langsung antara bagaimana sistem daya tahan kita berfungsi dengan pemakanan.

Nutrien-nutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan diperlukan badan untuk mengaktifkan proses-proses perlindungan terhadapa ancam luaran (contohnya jangkitan dan kesan-kesan toksin alam sekitar) atau ancaman dalaman (keroasakan akibat senaman dan proses penuaan semulajadi)

Buah Kiwi adalah buah-hebat dan sumber buah yang kaya dengan vitamin, nutrien-nutrien lain, antioksidan dan bahan-bahan fitokimia. Tidak menghairankan, buah kiwi ditunjukkan bermanfaat kepada sistem daya tahan kita.

Untuk glosari istilah-istilah yang sering digunakan dalam penulisan saintifik tentang daya tahan, klik sini.

Buah Kiwi ZESPRI™boleh memperkuat pertahanan semulajadi anda untuk perlindungan sehari-hari

Kita tahu buah Kiwi ZESPRI™ padat dengan nutrien-nutrien - bagaiman ia boleh membantu sistem daya tahan kita?

Kajian yang dilakukan oleh ZESPRI™ Health Institute menunjukkan memakan buah Kiwi EMAS ZESPRI™ membantu memperkuat tindakbalas daya tahan di dalam tikus makmal. Gabungan unik antioksidan karotenoid yang berlaku secara semulajadi dalam buah Kiwi EMAS ZESPRI™ mungkin mempunyai kesan positif ke atas pertahan semulajdai badan.

Dua kajian yang baru diterbit mengkaji kesan pemakanan buah Kiwi ke atas sistem tindak balas daya tahan kepada cabaran biasa (vaksinasi) dalam tikus dan kedua-dua kajian mendapati keputusan positif, yang memberi dorongan untuk penyelidikan lanjut di kalangan manusia yang sedang berlangsung.