Siaran Media Yang Berkaitan Dengan Kesihatan
Klik pautan-pautan berikut untuk mengakses siaran-siaran media berkaitan dengan kesihatan ZESPRI™, atau lihat blik berita kami.
Buah Kiwi EMAS ZESPRI™ Menguatkan Pertahanan Semulajadi, Siaran Media, 24 Jun 2008
Bahan-bahan Sumber untuk Kesihatan
Vitamin-vitamin dan Mineral-mineral
Buah Kiwi ZESPRI™ mengandungi begitu banyak vitamin dan mineral, ia benar-benar padat dengan kebaikan. Buah Kiwi ZESPRI™ adalah makanan rendah GI (indeks glikaemia), dan oleh yang demikian juga rendah garam dan lemak - tak ada satu pun di dalam buah Kiwi tidak baik untuk anda.
Memakan buah Kiwi ZESPRI™ dengan kerap adalah satu cara mudah untuk mendapatkan nutrien-nutrien penting untuk badan anda, yang boleh membantu anda berasa lebih sihat dan menikmati usia yang lebih panjang..
Tenaga Makanan (Kalori)
Jika anda mahu menjaga badan maka buah Kiwi ZESPRI™ seharusnya menjadi pilihan anda. Ia bukan sahaja padat dengan khasiat nutrien, is juga rendah lemak secara semulajadi, dan mempunyai kadar indeks glikaemik (GI) yang rendah. Anda sudah pasti menuju ke arah kesihatan menyeluruh yang lebih baik dengan hanya memakan buah Kiwi ZESPRI™ yang enak dan lazat.
Sebiji buah kiwi mengandungi 60 kalori, dan memakan dua buah kiwi yang bersaiz-sederhana membekalkan anda pelbagai nutrien yang diperlukan anda untuk gizi pemakanan yang sihat..
Dengan hanya memakan dua biji buah kiwi dalam sehari, anda akan memastikan badan anda menerima dua kali ganda vitamin C daripada sebiji buah oren, sebanyak potasium dari sebatang pisang dan sebanyak serat makanan yang terdapat dalam satu hidangan kepingan sekam. Kesemua ini hanya 120 kalori!
Jika anda ingin lebih bertenaga, buah Kiwi ZESPRI™ adalah jawapannya. Ia adalah sumber karbohidrat, vitamin dan antioksidan yang hebat. Memakan buah kiwi boleh membantu anda mengekalkan tahap tenaga anda.