Kiwi dan diri anda, cantik dari dalam

Sejenis 'Superfood' untuk memperkaya jasmani, minda dan rohani

Asal-usul buah Kiwi

Soalan pertama yang mungkin anda mahu tanya apabila anda membeli buah kiwi ialah apakah kulit perang bergebu buah kiwi mempunyai sebarang perkaitan dengan burung asli New Zealand. Kisah buah kiwi boleh dijejak ke negara China di mana ia dikenali sebagai buah 'gooseberry'. Apabila orang kulit putih tiba di pulau New Zealand dan menyedari bahawa Chinese gooseberry boleh ditanam dengan jayanya untuk eksport mereka menamakannya semula bersempena burung yang dijadikan burung kebangsaan mereka. Jadi ya, buah kiwi dan burung kiwi saling berkait.

Buah kiwi yang padat dengan nutrisi harus dimasukkan ke dalam sorongan membeli-belah dan kotak bekal makan tengahari.

Kian cepat menjadi Superfood semulajadi untuk dekad ini - trendi tetapi layak dengan gelaran ini - buah kiwi yang kecil molek penuh dengan kebaikan nutrisi. Ia kaya dengan nutrien yang menghalangpenyakit, memberi tenaga dan mudah dimakan sehari-hari.

Buah kiwi tidak hanya terdapat dalam warna hijau cerah yang selalu kelihatan, tetapi juga warna kuning keemasan sang suria yang dihiasi dengan dengan biji-biji hitam. Rasanya masam-masam manis dan langsung tidak terlalu masam sehinggakan anda perlu menarik muka ketika memakannya. Buah kiwi emas mempunyai kulit licin dan rasa manis tropika berbanding dengan sepupu hijaunya.

Bintang besar Nutrisi

Setiap suapan buah kiwi kaya dengan vitamin C dan potasium, lantas menggugat kedudukan buah oren dan pisang. Kepadatan nutrien vitamin C dua kali ganda daripada yang terdapat dalam oren.

Sungguh jarang kita menemui buah yang begitu kaya dengan antioksidan. Buah kiwi rendah kalori dan mengandungi vitamin E, sejenis antioksidan bagi mereka yang berminat memperbaiki gizi pemakanan mereka. Lebih daripada 90% buah ini terdiri dari air, dan ia hanya mempunyai 90 kalori setiap hidangan (bersamaan dua biji buah kiwi)

Pencernaan menghasilkan banyak radikal bebas dari makanan. Kedua-dua vitamin C dan E bergandingan memusnahkan radikal dan memperlahankan pengoksidaan, mengurangkan alahan, penyakit jantung, barah dan proses-proses penuaan.

Lebih banyak serat

Kandungan serat makanan dalam buah kiw jauh lebih tinggi daripada kebanyakan bijirin sarapan pagi, termasuklah kepeingan sekam (bran). Dengan kandungan serat yang tinggi, buah kiwi berupaya meningkatakan kandungan bakteria baik di usus, dan membantu pencernaan dan pembuangan air besar. Serat makanan berkesan mengikat dan mengalihkan toksin dari usus besat , dan boleh membantu mencegah barah usus besar. Makanan kaya-serat seperti buah kiwi adalah baik untuk mengawal kadar gula darah pesakit kencing manis.

Cara lazat untuk menjaga kesihatan jantung

Memakan dua biji buah kiwi sehari boleh mengurangkan risiko pembekuan darah dan mengurangkan lemak dalam darah anda, lantas membantu melindungi kesihatan kardiovaskular.

Melindungi mata

Semasa anda masih kanak-kanak, ibu anda mungkin pernah memberitahu anda bahawa lobak merah boleh membantu mengekalkan penglihatan tajam, tetapi sebagai orang dewasa, buah kiwi lebih penting untuk mengekalkan penglihatan anda. Buah kiwi megandungi kandungan lutein paling tinggi dalam buah-buahan. Sebuah kajian yang diterbit menyatakan memakan tiga biji buah kiwi boleh membantu mengurangkan risiko degenrasi makular akibat usia [age-related macular degeneration (ARMD)], penyebab kehingan penglihatan utama di kalangan orang dewasa yang sudah berusia.

Mujarab

Buah Kiwi menarik perhatian para penyelidik di atas keupayaannya melindungi DNA dalam nukleus sel-sel manusia daripada kerosakan yang disebabkan oksigen. Fitonutrien buah kiwi bertanggungjawab memberi perlindungan kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan pernafasan termasuk nafas berdehit, batuk pada waktu malam dan sesak nafas.

Fikirkan 'keseluruhan'

Dari sudut nutrisi, buah kiwi harus dimakan mentah dan dalam keseluruhannya.

Dengan buah kiwi, kita tidak perlu membuang bijinya. Ianya halus dan mudah dikunyah. Buah kiwi juga tidak perlu dimasak untuk menyedapkannya. Oleh itu kita dapat memenuhi segala potensi nutrisinya. Kulitnya boleh dimakan 100% dan ia menawarkan vitamin tambahan, mineral dan serat makanan. Seperti kulit kentang, kulit buah kiwi menambah rasa dan memberi bahan kunyahan yang disukai ramai.

Mudah dimakan - hanya potong dan cedok!

Belah buah kiwi dan cedok isi buah dengan sudu untuk snek mudah ketika bergerak atau masukkan ke dalam pek makan tengahari untuk hidangan yang menyihatkan.

Minat dalam buah kiwi, terutama sebagai sumber makana yang padat dengan zat berkhasiat dan bukti yang menempatnya di persada Superfood, meningkatkan permintaan terhadap buah ini. Ia menyaksikan pertumbuhan populariti yuang memberansangkan baru-baru ini kerana kadar antioksidannya yang tinggi.

Penanaman secara global kian meningkat, permintaan adalah baik, para pengguna semakin menyedari buah kiwi adalah pilihan yang baik - hasil daripada usaha promosi sedunia oleh ZESPRI sebagai pemimpin pasaran dunia - dan minat yang tinggi oleh para penyelidik kebaikan nutrisi buah kiwi ternama.

Nutrisi Hebat untuk sebiji Buah Yang Kecil Molek!

Buah Kiwi tersenarai dalam senarai Superfoods - ia rendah lemak, rendah gula dan rendah kalori, setiap satu daripadanya menawarkan nutrisi ini: FOLAT, POTASIUM, ANTIOKSIDAN, FOLAT, VITAMIN C, VITAMIN E, MAGNESIUM, LUTEIN, ZINK.