Pada penghujung tahun 1970-an, para penanam buah Kiwi New Zealand mula melakukan eksperimen dengan pemajuan semulajadi buah kiwi emas. Biji-biji diimport dari China, di mana sepohon buah betina dipilih kerana isinya yang kuning dan rasa yang cukup enak dan dikacuk silang dengan pohon buah jantan yang sudah dikenalpasti menghasilkan buah-buahan yang besar dan banyak airnya.
Pada 1992 satu anak pohon dari keluarga ini dipilih dan dipupuk, lalu menghasilkan buah Kiwi yang berisi-keemasan yang lebih dikenali sekarang sebagai Buah Kiwi EMAS ZESPRI™.
Buah Kiwi EMAS ZESPRI™ adalah khazanah kebangsaan New Zealand yang baru. Lazat dan enak sekali, berasa manis-tropika menjadikannya sesuai dimakan pada Musim Panas. Belahkan buah kiwi emas dan gunakan sudu untuk mencedok isi kuningnya yang ranum. Kisarkan dengan minuman kegemaran anda, hiriskan ke atas pencuci mulut, toskan ke dalam salad, atau gunakan buah Kiwi HIJAU dan EMAS bersama-sama untuk pesta penuh warna-warni dan aneka rasa. Cara menggunakannya tidak terbatas.
Buah Kiwi EMAS ZESPRI™ boleh didapati di bahagian buah-buahan dan sayuran di pasaraya tempatan anda sepanjang Mei hingga Oktober. Carilah buah Kiwi yang berkulit licin, berkulit gangsa dan mahkota yang tajam di salah satu hujung buah. Buah Kiwi ZESPRI™ boleh dimakan sejurus selepas dibeli, jadi anda dapat menikmati kemanisan kung sang suria ini dengan serta-merta.
Walaupun memberi kenikmatan yang tidak terhingga dalam rasanya yang enak, buah Kiwi EMAS ZESPRI™ lebih bernilai sebagai sumber vitamin-vitamin C dan E, potasium dan serat makanan, Kunjungilah halaman nutrisi kami untuk mendapat tahu mengapa buah yang berasa manis-tropika ini ialah kuasa besar nutrisi.