Hijau ZESPRI™

Berasal dari negara China, ia mula dikenali dengan nama Chinese Gooseberry dalam Bahasa Inggeris. Biji-bijianya dibawa ke New Zealand pada 1904, ditanam sebagai tanaman kormesil, dan diberi nama baru bersempena burung kebangsaan New Zealand, burung Kiwi.

Tidak dapat terbang, kecil dan berbulu gebu perang, sang burung Kiwi mempunyai persamaan dengan buah Kiwi dalam cara yang aneh sekali.

Dengan isi hijau zamrud cerah dan biji-biji hitam yang kecil, buah Kiwi menawan hati para chef dan pengguna pada akhir 1970-an dan awal '80-an, apabila ia menjadi hiasan dan ramuan resipi kegemaran di restoran-restoran ternama.

Semenjak itu, kami menyedari bahawa buah Kiwi bukan sahaja comel dan mempunyai rasa yang hebat, malah ia juga penuh dengan khasiat nutrisi yang tiada tandingannya. Satu hidangan buah Kiwi mengandungi kesemua zat potasium dalam pisang, vitamin C daripada dua buah oren dan sebanyak serat makanan yang terdapat dalam bijirin sarapan yang berbiji-penuh (whole grain cereals).

Kebaikan-kebaikan ini menjaminkan tempat untuk buah Kiwi dalam senarai-senarai membeli-belah orang ramai di serata dunia.

Buah Kiwi Hijau ZESPRI™ ditanam secara konvensyenal dan organik dan boleh didapati di Asia Tenggara dari Mei hingga Disember.

Dua biji buah Kiwi ZESPRI™ mengandungi:

  • dua kali jumlah vitamin C sebiji buah oren
  • lebih banyak potasium daripada sebatang pisang
  • lebih banyak serat makanan berbanding dengan semangkuk sekam (bran)

Dikenali sebagai "Superfruit" (Buah Hebat), buah Kiwi HIJAU ZESPRI™ juga mengandungi kandungan zat mineral surih, vitamin-vitamin dan secara semuladinya rendah garam, lemak dan mempunyai aras indeks glikaemik (GI) yang rendah.