ZESPRI™ berganding bahu dengan rangkaian 'fitness' terbesar di Malaysia
Sementara semakin ramai rakyat Malaysia bertambah ukuran pinggang mereka, ZESPRI™ membantu rakyat Malaysia menikmati snek dengan cara betul dan menjadi sihat.
Ini ialah musim buah kiwi, ZESPRI™ bergandingan bahu dengan Fitness First, rangkaian 'fitness' terbesar di Malaysia, untuk menganjurkan pelbagai aktiviti merasa untuk mendidik para profesional muda dan anggota-anggota gimnasium tentang kebaikan buah kiwi dan bertapa mudahnya menikmati buah ini.
Dilancarkan pada 16 Jun, program satu bulan mencapai 1,200 penggemar 'fitness' di lapan buah pusat Fitness First di Kuala Lumpur, ibukota Malaysia.
Melissa Wong, pengasas bersama Pilatique Pilates Centre di Malaysia, berkata mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dengan memakan buah setiap hari lebih baik daripada mencuba diet 'extreme' atau alternatif-alternatif sementara yang lain.
"Sebagai guru Pilates, saya amat menyukai buah kiwi. Buah yang rendah lemak, rendah kalori ini padat dengan pelbagai nutrien yang membantu saya kekal cergas dan sihat. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, buah kiwi adalah makanan untuk mengurangkan berat badan yang semulajadi yang mengenyangkan dan membendung keinginan makan. Kedua-dua buah kiwi HIJAU dan EMAS ZESPRI™ adalah sumber-sumber hebat serat makanan yang diperakui ramai sebagai pembantu pencernaan semulajadi," kata Melissa Wong.
"Kiwi kegemaran saya ialah asli klasik, jenis hijau yang masam manis. Dari segi nutrisi, buah kiwi paling baik dimakan begitu sahaja di dalam keseluruhannya. Belah dan cedok! Ia penuh dengan kebaikan."