Musim 2009 bermula dengan cemerlang di Thailand pada 21 Mei dalam satu acara pelancaran yang mengetengahkan para selebriti Thai, Duta New Zealand, Pengurus Pasaran Asia Tenggara Daniel Mathieson, satu demonstrasi resipi ZESPRI™ 'Celebrity Mum' khusus, peruncit-peruncit dan pengedar-pengedar utama, dan seangkatan wartawan dan editor majalah-majalah media sosial dan gaya hidup.
Para tamu dihidang minuman 'mocktail' buah kiwi EMAS dan HIJAU ZESPRI™, dan juga turut menyertai dalam demonstrasi "cut and scoop", dan melancarkan kempen Thailand dengan rasminya dengan memberi toast yang memaparkan Daiquiri buah kiwi EMAS ZESPRI™ sambil memainkan korus "Simply the best" dari pembesar-pembesar suara.
ZESPRI™ juga telah menyertai Pesta Pendidikan New Zealand 2009 pada 14 Jun, di mana sebanyak 1, 000 pengunjung mengunjungi gerai pameran ZESPRI™ dan pertunjukan memasak bertemakan-buah kiwi, turut mengunjungi ialah Menteri Pendidikan New Zealand dan bekas timbalan Perdana Menteri Thailand.