Orang Filipina yang gemarkan makanan berpeluang merasa citarasa makanan New Zealand - buah Kiwi. Sebelum itu, buah kiwi hanya dapat dilihat di atas kek-kek dan kuih-muih buatan hotel, atau di dalam salad-salad eksotik. Para tamu media menuju ke The Stock Market di Fort Bonifacio Global City - sebuaj restoran anggun yang mashyur dengan pameran buah-buahannya. Pada pagi tersebut, tempat-tempat pameran dipenuhi dengan buah-buah kiwi berwarna perang, bukti bahawa ia telah berjaya menawan Filipina.
Duta New Zealand Andrew Matheson mengalu-alukan tamu media, memperkenalkan New Zealand menerusi celotehannya yang menghiburkan. Pengurus Pasaran untuk Asia Tenggara Daniel Mathieson memberi penerangan tentang fakta-fakta dan angka-angka industri buah kiwi, terutamanya prestasinya di Filipina, Pakar pemakanan Filipina yang terkenal Dr. Sanirose Orbeta juga menyentuh tentang manfaat nutrisi buah kiwi dari sudut pandangan tempatan.
Chef Wendel Briones memberi demostransi cara termudah untuk menikmati buah kiwi - hanya belah dan cedok - dan beliau mencipta menu 6-hidangan yang diilhamkan buah kiwi dari salad yang direnjis dengan vinaigrette buah kiwi hingga ke ratatouille untuk semua tamu yang hadir.