2,000 Pemuda-pemudi Malaysia belajar mencedok kebaikan Kiwi

ZESPRI™ berganding bahu dengan R.E.A.L Kids Kindergarten untuk mendidik anak-anak pra-sekolah tentang pemakanan sihat

Shah Alam, 22 Julai 2009 - Lebih daripada seratus kanak-kanak berhimpun untuk menyaksikan Mr. ZESPRI™ Maskot Buah Kiwi dan ahli-ahli silap mata yang menyertainya memberi pertunjukan silap mata di R.E.A.L Kids Kindergarten Bukit Subang hari ini.

ZESPRI™ pengeluar buah kiwi utama dunia, melancarkan kempen baru, 'Extreme Nutrition, Extreme Vitality', menggalakkan rakyat Malaysia memperkaya pengambilan nutrisi mereka dengan memakan dua biji buah kiwi setiap hari.

ZESPRI™ bergandingan dengan R.E.A.L. Kids Kindergarten dengan program yang disesuaikan untuk anak-anak pra-sekolah yang bermatlamat untuk menggalakkan tabiat pemakanan sihat dan menghebahkan kebaikan buah kiwi. Dilancarkan pada 15 Julai,program satu-bulan ingin mencapai 2,000 rakyat Malaysia yang muda di lima belas sekolah rendah R.E.A.L. Kids di dalam kawasan Lembah Klang.

Pengurus Pasaran ZESPRI™ International, Daniel Mathieson berkata syarikat New Zealand ini memainkan peranan lebih besar sebagai pengeluar buah kiwi menerusi visi mereka memupuk masyarakat sihat.

"Para ibubapa harus memberi contoh baik kepada anak-anak dan tabiat pemakanan sihat harus dipupuk dari usia muda lagi . Sukar sekali untuk membuatkanak-kanak makan buah-buahan dan sayuran, jadi memastikan setiap suapan diambilkira. Memakan buah kiwi, terutamanya buah kiwi EMAS untuk rasa manis tropikanya adalah cara praktikal untuk memastikan kanak-kanak mendapat sebanyak nutroien yang mungkin. Ia juga mudah dimakan, belah dan cedok," kata Mathieson .

Buah kiwi mempunyai dua kali ganda vitamin C yang terdapat di oren, sebanyak potasium sebatang pisang dan sebanyakserat makanan dalam semangkuk bijirin sarapan.

Di R.E.A.L Kids Bukit Subang, Mr. ZESPRI™ Maskot Buah Kiwi dan ahli-ahli silap matanya memberi pertunjukan silap mata, menghiburkan kanak-kanak dengan permainan interaktif dan nyanyian sepanjang sesi 40-minit yang dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Melalui silap mata, ahli-ahli silap mata ZESPRI mendidik anak-anak pra-sekolah dan mesej nutrisi utamanya.

Sambil Mr. ZESPRI™ Maskot Buah Kiwi dan ahli-ahli silap matanya memukau para penonton, strategi ini nampaknya berhasil.

"Saya gembira kerana ada pertunjuakan silap mata," ujar Harris yang berusia empat tahun yang sedang memakan buah kiwi yang diberikannya oleh Mr. ZESPRI. "Buah Kiwi EMAS sedap sekali dan ia baik untuk saya!"

Bukan kanak-kanak sahaja yang mendapat pengetahuan baru.

Pengarah R.E.A.L Kids Group, Ee Ching Wah berkata usaha-usaha ZESPRImelalui program-program sebegini membawa pemakanan sihat ke aras baru mewujukan cara-cara inovatif dan menyeronokkan untuk memperkenalkan buah kiwi kepada kanak-kanak kecil. "Kanak-kanak memrlukan nutrisi baik untuk tumbesaran dan perkembangan sihat. Dari membantu kanak-kanak mengembang keupayaan melihat pertalianantara apa yang dimakan mereka dan bagaimana rasa tubuh badan mereka, kami memupuk tabiat pemakanan sepanjang hayat yang menyihatkan badan dan minda," kata beliau.

Program ini diperkukuhkan lagi dengan pertandingan buku mewarna yang mendorong kanak-kanak untuk berkongsi apa yang dipelajari mereka tentang buah kiwi dengan ibu bapa mereka di rumah. Hasil seni pusingan akhir dari kalangan pemenang yang tersenarai-pendek akan diterbit dalam Kalendar ZESPRI tahun depan.

Tentang Zespri

ZESPRI™ International ialah syarikat berpangkalan di New Zealand yang memasarkan buah kiwi ZESPRI™ ke lebih daripada 70 negara serata dunia. Pada peringkat antarabangsa, jenama ZESPRI™ telah menetapkan tanda keunggulan dan kelazatan produk semulajdi. Dengan ibupejabat-ibupejabat global, dan pejabat-pejabat di Eropah, United Kingdom, Amerika Utara, Jepun, Asia dan Pasifik, syarikat yang dimiliki penanam ini ialah pemimpin dunia dalam pemasaran buah kiwi.

Setiap tahun, ZESPRI™ melabur berjuta-juta dolar untuk penyelidikan peningkatan mutu dan kualiti, memajukan variasi buah kiwi baru, dan cara prodksi yang lebih mesra alam. Para konsumer di serata dunia hari ini mempunyai pilihan dari aneka jenis buah kiwi, seperti buah kiwi hijau klasik, buah kiwi organik dan buah kiwikeemasan yang berasa manis dan stail jumbo jumbo.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ZESPRI.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Low Li-Sa
PDQ Management Sdn Bhd
Telepon: +603 7958 3827 Telepon Bimbit: +6012 2168 208
E-mel: lisa@pdq.com.my