Tingkatkan penjualan buah Kiwi anda

  1. Paparkan buah Kiwi beraneka jenis, HIJAU, EMAS dan ORGANIK ZESPRI™. Pembeli-belah akan menikmati aneka pilihan rasa, manis tropika dan masam-manis, dan ramai yang akan membeli kedua-dua jenis. Kami mendapati hasil jualan akan meningkat sehingga 40% jika kedua-dua jenis dipaparkan sebelah-menyebelah. Belah duah biji buah kiwi, balutkan dengan plastik lutsinar dan paparkan untuk tatapan pembeli-belah untuk menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis buah kiwi.

  2. Berilah peluang kepada mereka untuk merasa. Ramai pembeli-belah di Asia masih belum pernah merasa buah Kiwi jenis EMAS ZESPRI™ serta tidak menyedari bahawa ianya lebih manis berbanding dengan buah Kiwi hijau yang sudah berada di pasaran lebih lama. Memberi demonstrasi EMAS di kedai dan mewawarkan jenis baru melalui iklan dan papan tanda dapat meningkatkan kesedaran para pembeli-belah. Kami mendapati kebanyakan orang yang sudah merasa buah Kiwi emas akan menyukainya dan akan membelinya serta-merta setelah merasa. Enam puluh sembilan peratus daripada para pengguna yang ditinjau menyatakan kesediaan membeli buah Kiwi EMAS ZESPRI™ sebagai tambahan kepada buah Kiwi HIJAU. Pernahkah anda mencuba mempamerkan sedulang buah Kiwi yang dipotong dadu bersebelahan dengan pameran anda? Cuba tambahkan sedikit rempah-ratus, supaya setiap orang sedar bertapa mudahnya untuk menikmati buah ini! Klik di sini untuk melihat kit demo.

  3. Sediakan tempat pameran yang lebih besar. Para pengguna memberitahu kami bahawa buah Kiwi sukar ditemui di dalam kedai. Kita sedia tahu bahawa pembelian buah lazimnya ialah pembelian gerak hati. Kebanyakan orang membeli apa yang dapat dilihat mereka, apa kelihatan menarik dan pada harga yang berpatutan. Jika anda membina tempat pamerannya, mereka sudah tentu akan membeli buah Kiwi yang dipamerkan. Tempat-tempat pameran boleh bertemakan New Zealand, atau yang mengandungi resipi-resipi dan ramuan-ramuan yang berkaitan. Dan letakkan tempat pameran di hadapan bahagian jualan buah-buahan dan sayuran di pasaraya - bebaskan dari bakul.

  4. Iklankan dengan lembaran iklan dalam-kedai. Pengiklanan buah Kiwi ZESPRI™ akan membuahkan hasil. Para pembeli-belah akan menyedari bertapa berbaloinya pembelian mereka dan akan membeli lebih. Di dalam satu kes kami memperhatikan peningkatan gerakan volum sebanyak 335% serta peningkatan keuntungan sehingga 183%. Lihat

  5. Pamerkan buah Kiwi ZESPRI™dengan buah-buahan musim panas dan anda akan melihat peningkatan jualan sehingga 60%, dan ianya akan meningkat profil buah-buahan kategori musim panas juga. Orang akan tertarik kepada buah-buahan yang berwarna ceria seperti buah pic dan nektarin yang melambangkan musim panas. Pada masa yang sama, musim panas juga membawa buah Kiwi New Zealand, dan ramai yang mengaitkan jenama ZESPRI™ dengan mutu dan keenakan rasa yang tinggi.

  6. Stokkan beberapa buah Kiwi bersaiz-Jumbo. Menurut satu survei baru-baru ini, 75% daripada pengguna menggemari buah Kiwi yang bersaiz lebih besar berbanding dengan yang bersaiz lebih kecil. Mereka lebih berkemungkinan membeli buah Kiwi yang bersaiz dua kali ganda, kerana mereka percaya ia lebih berbaloi - dan sebab yang baik juga - mereka akan mendapat lebih banyak buah! ZESPRI™ menanam buah-buahan bersaiz Jumbo sebesar saiz 18, baik hijau atau emas. Jualan berupaya meningkat 31%, dan harga boleh meningkat 13%.
    Kajian dilakukan oleh Peagram Walters International.

  7. Promosi-silang dengan daging-daging. Letakkan sebakul buah Kiwi hijau di bahagian pasaraya yang menjual daging bersama dengan resipi-resipi dan/ atau maklumat tentang bagaimana buah Kiwi hijau boled digunakan sebagai pelembut daging.